Thursday, February 10, 2011

L.O.V.E

Assalamualaikum w.b.t

tak jawab dosa.. kalau jawab sayaaang.. heehee :)

first blog saya bagi salam.. bukan saya tak nak bagi salam, tapi ini baru nak buat isi.. yang sebelumnya tu semua mukadimah.. :)
well, korang pernah bercinta? fall in love? jatuh hati? love at first sight? pernah? mestila semua orang pernah kan... including me, jangan kata jatuh hati, jatuh cinta, jatuh segala jatuh dah rasa.. tapi belum ketemu cinta sejati.. sebabnya saya tak tau dekat mana nak cari cinta sejati tu.. dalam Facebook kah? Dalam YM kah? dekat mana lagi nak bersosial kalau bukan kat tempat2 cenggitu...

korang pernah jatuh hati pada someone in FACEBOOK? 
kalau pernah congratulation sebab i pon pernah.. haha biasalah.. tengok peribadi manusia melalui satu skrin, ada tikus tuk di picit2, ada keyboard untuk tulis sesi perkenalan... 
tapi perkenalan melalui facebook itu ikhlas ke sekadar hobi?
"tepuk dada tanya lah hati"

kalau ada yang jumpa cinta sejati melalui facebook, tahniah.. itulah jodoh anda.. pada yang belum seperti saya, sila cuba lagi dilain hari.. cuba bukan bererti hari2 nak cari jodoh kat FB, tapi berdoa dan tawakal.. jodoh takkan datang sekelip mata.


Bila disebut soal jodoh, perlu ke kita mencari jodoh? atau macam orang lain selalu cakap " alah buat apa susah2 nak cari, nanti jodoh tu mai la"
betul ke jodoh datang tanpa diduga? atau kena usaha lebih untuk jodoh itu datang? semua ni bukan macam mata pelajaran Bahasa Melayu, semua orang  boleh lulus dengan cemerlang.. tapi bila sebut cinta, ramai yang yang buat "pit stop" .....
but, whatever it is is not easy to find your truly love.

If you love someone, would you fight for him / her? even ada yang menghalang? for me i will fight for him only if he wants too. Sukar nak temu kebahagiaan sekarang, ramai lelaki yang handsome, baik secara amnya semua dah kahwin, yang tinggal the rest of you yang tak kahwin lagi..heeee, samalah dengan saya.. still tak kahwin lagi. Susah nak puaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya saya cuba corakkan hidup saya sendiri tanpa diawasi atau diperintah oleh sesiapa. Bukan beerti tak elok terima pandangan orang lain mengenai hidup, kita masih boleh terima pandangan itu, tetapi jadikan dia sebagai panduan dan sokongan agar tidak sesat.. takdir itu sentiasa menanti dihadapan, walau secekal mana kita berusaha takdir hdup kita telah ditentukan sebelum kita lahir ke dunia.. cuma kita perlu mencarinya dan membezakannya :)

Secara peribadi, teringin nak jatuh cinta kembali.. tetapi belum ada yang sudi...





No comments:

Post a Comment